Rabu, 30 Mac 2011

KEK PISANG MILO


4 biji pisang (berangan, nipah)
1 ½ cawan tepung gandum
1 ½ cawan gula halus
3 biji telur
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh baking powder
1 camca teh ovalette
½ cawan + 2 camca besar minyak masak
½ camca teh garam
1 sachet Milo 3-in-1 Mocha
Chocolate rise secukupnya



Cara-cara :
Kisar pisang dan minyak hingga hancur. Masukkan ke dalam mangkuk mixer
Masukkan kesemua bahan lain ke dalam mangkuk berisi pisang tadi dan pukul dengan high speed hingga adunan menjadi putih dan gebu.
Masukkan choc rise dan satukan secara kaedah kaup-dan-balik.
Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak @ marjerin. Masukkan separuh loyang sahaja kerana kek ini akan naik sekali ganda.
Taburkan baki choc rise ke atas adunan.
Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 40 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan